Mengenai

Mengenai Program MENTOR JUTAWAN


Seminar. Sebut saja pasal seminar, satu perkara yang cukup tidak disukai oleh banyak pihak. Kebanyakan daripada mereka, seminar, kursus atau program motivasi adalah sesuatu yang cukup tidak menyenangkan, bosan, menyampah atau senang kata pergi untuk tidur. Akhirnya program yang dihadiri mereka semata-mata berlawan dengan diri sendiri menahan mengantuk. Untuk menghabiskan program satu hari dirasakan begitu lama dan menyeksakan. Masa yang dilalui satu jam umpama satu hari. Apa saja yang disampaikan oleh penceramah tidak lagi masuk ke dalam minda peserta. Yang tinggal hanyalah satu perkara; bila penceramah ni nak habis bercakap?

Seminar Program MENTOR JUTAWAN adalah satu seminar yang dapat memberi kelainan kepada peserta-peserta yang menghadirinya. Setiap modul yang disampaikan penuh bermakna. Peserta-peserta diberi jaminan tidak akan rasa mengantuk, bosan atau pun jemu. Di akhir seminar peserta-peserta tidak akan berasa puas atau mahu dipanjangkan lagi seminar yang dijalankan – Insyaallah.

Seminar MENTOR JUTAWAN adalah satu kunci untuk menjadikan seseorang itu dapat menonjolkan keupayaannya dalam pengurusan dan kepimpinan. Ianya juga dapat menjadikan seseorang itu menjadi lebih bermotivasi, berkomunikasi dengan betul, membina semangat kerjasama dan dapat melatih diri seseorang menjadi pemimpin yang baik.

Program Seminar Insaniah ini dapat menggerakkan SLEEPING GIANT yang ada dalam diri seseorang. SLEEPING GIANT ialah kelebihan dan kehebatan dalam diri yang tidak pernah dikeluarkan. Tuhan tidak jadikan seseorang itu kalau tidak ada kelebihan, kehebatan dan kebaikkan dalam dirinya, Tetapi kebanyakkan daripada kita tidak berani mengeluarkannya dengan berbagai-bagai alasan seperti malu, takut, tak tahu, tak boleh dan macam-macam lagi. Di sinilah kita ubah sikap seseorang yang negatif kepada yang positif, dari yang takut kepada yang berani dan yang alasan tidak tahu kepada ingin lebih banyak hendak belajar.

Dengan erti kata lain sesiapa yang masuk seminar ini akan menjadi seseorang yang ‘luar biasa’ apabila selesai seminar.